dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Webinar Berkala Sejarah Edisi 3

14 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Februari 2026, seramai empat orang peserta telah menyertai Webinar Berkala Sejarah Edisi 3 yang memfokuskan kepada teknik menjawab Kertas 1 Sejarah. Sesi ini diadakan bagi membantu peserta memahami format soalan objektif serta strategi menjawab dengan lebih berkesan. Cikgu Syiqah telah menerangkan kepentingan membaca dan meneliti setiap soalan dengan cermat sebelum memilih jawapan.

Selain itu, peserta turut didedahkan dengan kaedah mengenal pasti kata kunci, teknik penyingkiran jawapan yang tidak tepat, serta cara mengurus masa dengan baik sepanjang peperiksaan. Beberapa contoh soalan turut dibincangkan bagi memberi gambaran sebenar bentuk soalan yang sering ditanya. Secara keseluruhannya, webinar ini berjaya meningkatkan kefahaman peserta tentang teknik yang betul dalam menjawab Kertas 1 Sejarah dengan lebih yakin dan sistematik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.